Tuesday, 4 June 2013

Permulaan Dan Perkembangan Underground Scene Malaysia Part I


Apakah yang anda paham mengenai Underground?'Underground' jikalau dari segi bahasa bermaksud 'Bawah Tanah'.Mungkin ada dikalangan kita pernah mendengar "Pergerakkan Bawah Tanah",maka istilah underground ini biasanya dimaksudkan kepada golongan-golongan yang memperjuangkan wacana dengan cara tersendiri lagi tersorok dari pengetahuan umumnya.

Jika dari segi muzik,Underground adalah pengganti kepada mainstream,tak kira apa genre muzik sekalipon dari segi pengurusan kugiran,label dan juga majalah-majalah adalah komited kerana minat bukan disebabkan dieksploitasi mainstream.

Ada segelintir menganggap bahawa musik dalam scene underground adalah Metal,Grind,Punk dan sebagainya.Persepsi ini sebenarnya tidak tepat kerana muzik underground itu adalah yang melawan mainstream barulah dikira Underground.Di Us contohnya, ada label Jazz dan Blues yang bergerak secara DIY(Do It Yourself).

Muzik underground tidak terhad kepada sejenis genre muzik sahaja,asalkan yang against mainstream.Tapi tidak salah sekiranya Underground Scene Malaysia dicetuskan oleh aliran muzik yang berorientasikan muzik Rock kerana sebelum berkembangnya menjadi mainstream ia melalui fasa underground dahulu.

Dipercayai perkembangan scene underground di Malaysia telah bermula dengan scene Punk oleh segelintir remaja di bandar kecil Dungun,Terengganu lewat 70'an dahulu.Mereka mulanya terpengaruh dengan muzik Punk setelah membaca majalah-majalah muzik Punk dari England dan juga daripada band Sex Pistols.

Sekitar hujung tahun 80'an perkembangan scene underground di Malaysia telah mula berkembang.Pada ketika itu arena muzik mainstream tempatan dipateri dengan demam Heavy Rock yang sekarang ini dikenali sebagai Rock Kapak.Ketika itu negara ini dipenuhi dengan kumpulan-kumpulan yang bermain muzik jenis itu.

Ditengah-tengah muzik Rock Kapak yang hit dengan lagu jiwang karatnya,muncul satu irama muzik laju  yang bingit menentang arus perdana muzik mainstream tanah air.Irama itu adalah irama Thrash Metal yang dikesan kewujudannya sekitar 1984 dan mula berkembang selepas 2 tahun.

Muzik Thrash Metal inilah yang mencetuskan fenomena scene underground di Malaysia.Pada masa ini tidak ramai yang boleh menerima aliran muzik ini kerana muziknya yang keras.Band-band ini kebanyakannya terpengaruh daripada band luar negara seperti Slayer,Celtic Frost,Sarcofago,Kreator,Sodom,Metallica,
Megadeath dan lain-lain lagi.

Boleh dikatakan band-band Thrash Metal tempatan telah mula muncul dengan hampir diseluruh negeri di Malaysia dan bergerak secara underground.Band Metal yang terawal di Malaysia ketika itu adalah Punisher (KL),Nemesis(Kedah),Vulga(Perak),Slapdeath(Kelantan),Dark Power(Sabah),Betrayer(Johor),
Sensenless(Serawak) dan Rator(Selangor).


Suasana underground mula wujud apabila sudah banyak band yang merakamkan demo,membuat fanzine dan sudah ada gig kecil-kecilan.Bermula tahun 1988,ianya menjadi semakin hangat setelah semakin ramai remaja meminati muzik seperti ini.Pada ketika itu hanya Metal menduduki 'carta underground' Malaysia.

Kemasukan awal era 90'an telah memberi impak yang besar dan sudah banyak band Metal yang ditubuhkan seperti Silent Death,Suffercation,Infectious Maggots dan bermacam-macam kumpulan lagi.Dan ketika inilah muzik tersebut telah mula diklasifikasikan dengan lebih spesifik seperti Death Metal,Industrial,Grindcore dan Black Metal.

Band-band ini berpusat di Kuala Lumpur.Bandaranya Ipoh juga adalah bandar yang banyak melahirkan band-band Metal antaranya Langsuyr,Necrotic Chaos,Profane Creation dan Athotorgh.Di Serawak juga terdapat scene yang aktif dengan band Metal seperti Kremation,Senseless dan Sputum.

Boleh dikatakan eksintesi gig-gig muzik underground muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan,walaupon dijalankan secara kecil-kecilan di kelab malam ataupon pub sekitar kota,namun kehadiran pengikutnya mula bertambah dengan secara tidak langsung gerakan ini boleh dikatakan 'cult'.

Ikuti kisah sambungannya di next post mengenai Permulaan dan Perkembangan Underground Scene Malaysia Part II.




Wednesday, 17 April 2013

Tahukah anda bilakah McDonalds yang pertama dibuka diMalaysia?

Tahukah anda bilakah McDonalds yang pertama dibuka diMalaysia?


McDonald mengorak langkah ke Malaysia julung kalinya pada bulan Disember 1980 apabila Perbadanan McDonald, Amerika Syarikat memberi Golden Arches RESTAURANTS SDN BHD lesen untuk mengendalikan restoran McDonald di Malaysia.

Restoran McDonald Malaysia yang pertama dibuka di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 29 April 1982.

First McDonalds in Malaysia

Dibawah adalah foto semasa hari pembukaan McDonalds Pertama diMalaysia..

Friday, 12 April 2013

Template Setting Blogger berwajah Baru

Baru diupdate rasenye kot tempat "template setting" blogger ni. So memudahkan lagi untuk meng'adjust²' lepas ni..

Template Setting

Template Setting Blogger
boleh pilih JUMP TO WIDGET

ade color² mcm pakai notepad++ :D so pasni xyah sesusah nak mencarik² dalam template tu kalau tukar template baru pun :D

*Selamat mencuba

Friday, 5 April 2013

GIGS On April 2013



"MARCH OF AGGRESSION" THE ALLEGIANCE OF DARKNESS AND DEATH 2013
DATE: 6 April 2013
VENUE: Penny Lane Studio Sunway
TIME : 3.00pm
TICKET :Rm15
BAND : IMPERIAL,NOSFERIEL,SUFFER REMAIN,SAUTS ALASTOR,MEDUSSA,

           SAFANNAH,SILENT'DRA,DEATH,MONGER,FARASU,ANGUISH,JUGRA




BURN IN FLAME Part 1 With Special Guest DEATH VOMIT (Indonesian Brutal Death Metal)
DATE : 6 April 2013 ( Stopzonestudio Gig Hall,Larkin ,Johor,Malaysia )
           7 April 2013 ( Solaris Blackbox , Kuala Lumpur,Malaysia )
CONTACT : Harris +60167182684 EDDIE +60197849189





OBSENCE EXTREME ASIA FESTIVAL JAKARTA,INDONESIA
DATE :  6 - 7 April 2013.
TICKET PRICE : EARLY BIRD (Tarikh tutup pada 22hb Februari 2013)
                       Tiket untuk 1 hari: 96,000 RP + 11,500 RP tax = 40 ringgit
                       Tiket untuk 2 hari: 174,000 RP + 21, 000 RP tax = 68 ringgit

                               PRESALE (22hb Februari - 25hb Mac 2013)
                       Tiket untuk 1 hari: 114,000 RP + 13,500 RP tax = 46 ringgit
                       Tiket untuk 2 hari: 215,000 RP + 23,500 RP tax = 82 ringgit

                       DOOR (25hb Mac - 7hb April 2013)
                       Tiket untuk 1 hari: 154,000 RP + 14,000 RP tax = 60 ringgit
                       Tiket untuk 2 hari: 275,000 RP + 25,000 RP tax = 102 ringgit

TICKET INFO : Email: deadbeatshop@aol.com
                     Sms: +60124460316
                     Facebook: deadbeatshop



ART OF NOISE 3
DATE : 7 April 2013
VENUE : Ct Plaza JB
TIME : 12Pm
TICKET : Rm20(PRESALE) Rm25(DOOR)



SIL KHANNAZ CELEBRATING 25TH ANNIVERSARY LIVE
Date : 7 April 2013
Venue : KK Club, Taman Melawati, Jalan Melawati 3, Kuala Lumpur.
Time : 5Pm 
Ticket : Rm30



COHEAD AND CAMBRIA With Special Guest CIRSA SURVIVE KUALA LUMPUR
DATE : 24 April 2013
TIME: 8Pm
VENUE : KL Live



CRADLE OF FILTH LIVE IN SINGAPORE
DATE : 26 AprilL 2013
VENUE : Power House at ST James Station
TIME : 8Pm
TICKET : Rm260 (Malaysia : Masumi 0129199628)
 



WINGS ROCKESTRA 2013
VENUE : Panggung Sari, Istana Budaya Kuala Lumpur
DATE : 26 April 2013 (Jumaat), 27 April 2013 (Sabtu), 28 April 2013 (Ahad), 30 April 2013 (Selasa)
TICKET PRICE : RM 69.00, RM 99.00, RM 149.00, RM 199.00, RM 249.00, RM 299.00, RM 399.00, 
                       RM 499.00
TICKET INFO : ticket2u.biz or call Madi 012-3862467 / Zan 019-3681917 / Azri 012-2666877



KONSERT BACK IN TOWN
DATE: 27 APRIL 2013
VENUE : Konsert ini telah bertukar lokasi di Wisma Chin Woo Jalan Hussein IPOH
TIME : 8.30Pm
TICKET : Rm38(PRESALE), Rm45(DOOR)





FESTIVAL MUZIK BUDAK SOGHOMBAN 2013 "LOCKUP LIVE IN SEREMBAN"
DATE: 28 April 2013
VENUE: Ceylonese Hall Seremban
TICKET : Rm65(PRESALE) Rm80(DOOR)
EVENT PAGE : FESTIVAL MUZIK BUDAK SOGHOMBAN 2013 "LOCKUP LIVE IN SEREMBAN"




Monday, 1 April 2013

Youtube Award?

Hi ouls.Mesti anda suma igt saya nak update pasal GIGSkan.Hahaha.Sebenarnya saya saja je mencari-cari video terbaru kat youtube.Tp mmg xsangkala sbb tetiba tenampak gambar piala kat sebelah Youtube icon tu.



So apa lagi,saya tryla bukak.So ada satu video keluar.Rupa-rupanya mereka mencari pemenang untuk Youtube nih.Ianya mula tidak menerima entries bermula tgh malam tadi untuk memulakan proses menghakimi semua video yang dimuat naik di Youtube.Ianya akan dilihat oleh 30,000 Youtube technition.



Menurut Youtube juga pemenang untuk award ini akan diumumkan setelah Youtube kembali online pada 2023?Apakah?Maknanya kita xbole upload semua video terbaru sehingga mereka mengumumkan nama pemenang?Biar betul?

So adakah betul-betul Youtube akan diofflinekan untuk mencari pemenang Youtube Award ini?Ataupon sekadar untuk meng"April Fools"kan pengguna-pengguna Youtube?So ini adalah link yang bakal merungkai segala kebenarannya ( http://www.youtube.com/watch?v=HGeMGqVKD6A ). So just wait n see.                                                                


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Antara Menarik :

Shout Here !