Sunday, 20 May 2012

FACEBOOK - Report Kematian

Salam dan selamat berhujung minggu. Diharap semuanya sihat sejahtera hendaknye. Ecehh.. Macam biasa, aktiviti bangun pagi terus buka FB dan stalk sana.. stalk sini..  Tiba-tiba dapat satu idea lagi nak kongsi apa dengan korang hari ini. Apa yang nk saya kongsi ni tak la BARU sangat. Tapi sebenarnya ramai lagi diantara pengguna Facebook yang tak tahu. So tak salah rasenya kalau nk kongsi lagi sekalikan.



facebook repot kematian


tiba-tiba ternampaklah newsfeed yang agak sayu hati membaca. So terus la saya stalk FB sipolan.Sedih bila baca orang-orang dok ucap Selamat Hari Lahir dekat beliau serta mendoakan beliau panjang umur padahal  dah setahun lebih dia dah kembali pada yg maha Esa, Pastu adalah bunyi-bunyi yang tanya "siapa ada password fb dia?" dah setahun terbengkalai FB dia nih. Dah 2 kali issue dok ucap birthday kat arwah ni. Takde sapa yang boleh bantu? Family pon tak tahu password beliau. So sebagai kawan-kawan yang prihatin.. kalau ada berlaku pada kawan-kawan atau ahli keluarga anda, JANGAN RISAU.. Ada jalan penyelesaiannya.

Mudah je. Tinggal isi form yang ada tuh. Kalau ada bukti disertakan lagi bagus, tapi kalau xde, rasenye pun boleh. sorang dua orang memang la tak jadi. Tapi kalau kawan2 sepakat ramai2 repot kan bagus. Tak rugi pun.. Tak payah bayar. At least ada la jugak kita bantu kawan yang dah takde tu. kaaaannnn.....

But satu peringatan buat yang masih hidup nih.. Tak salah kita kongsi Password Facebook kita dengan orang yang kita betul-betul percaya. Mak ke, kawan baik ke, boipren gelpren ke.. Kita pon tak tau bape lama jangka hayat kite kan. Manalah tau abis baca entry ni heart attack terus go? Nauzubillah..

Renung-renungkanlah..


2 comments:

bagus bila FB dah ada aplikasi ni kan..at least buleh report jika sahabat kita tlh pergi meninggalkan kita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shout Here !